Isnin, 21 November 2011

Assalammualaikum n Salam Sejahtera......

Lama gila aku x posting...lama gak aku x menulis...tp apa aku nak tulis pasal semua nya hancur diet aku pon hancur apa pon hancur...yang belom hancur diri aku je...

Apa yang aku nak harap kan untuk diri aku...nanti aku fikir...sekarang tengah kusut xtau apa nak fikir...so jgn tanya...

Sabtu, 24 September 2011

Rindu memosting..boleh ke cam ni keh!!keh!!keh!!

hari sabtu dah hari ni, berapa ari aku x posting...hari ni masuk hari ke 4 aku berdiet. Jumaat semalam aku dah makan nasi terlupa yang aku tengah diet. Makcik tu tuang nasi banyak. Bila aku dah amik ayam seketul, n sayor kerabu kacang botol baru aku perasan yang aku dah amik nasi.. sepatut nya bihun..adoooiii!!!!

Nak buat macam mana dah tuang xkan la nak pulang balik. So,aku bawang nasi tu kat opis.. Menyesal toksah kira la pasal sendiri xingat.. Aku teringatkan dietition tu, amik nasi 1/4 pinggan, sayur 1/2 pinggan, ayam 1/4 pinggan. Aku bahagikan makanan tu macam tu. Doktor ada kata kalau nak diet x boleh sayang nasi kene ikut sukatan. Aku buang la selebihnya. Nafsu punya hal kan, ini la jadinya.

Pagi ni pulak disebab kan kedai xbanyak buka, aku makan roti canai taruk kuah dal n sambal. Hopefully leh gerak2 lebih sikit pasal makan dah berat.

Rabu, 21 September 2011

PCOS ????

Apakah PCOS

Topik-topik Polycystic Ovary (PCO)

:: Polycystic Ovary (PCO) mengancam kesuburan wanita Malaysia

:: Apakah tanda tanda penyakit Polycystic Ovary Syndrome?:: Apakah puncanya?

:: Ciri-ciri ovari dalam ultrasound
:: Merawat polycystic ovari
:: Cara cara untuk mengawal kegemukan (obesity)
:: Meningkatkan kesuburan wanita.
:: Ubat subur Clomiphene
:: Ubat Metformine
:: Rawatan laparoscopy dan ovarian drilling

Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) mengancam kesuburan wanita Malaysia

Wanita yang gemuk, pusingan haidnya tidak teratur dan tumbuh rambut pada kaki, badan atau muka berwaspadalah mungkin anda mengalami masalah kilang ovary bengkak atau ‘polycystic ovary’.

Polycystic Ovary Syndrom atau PCOs adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab benih-benih telah terperangkap dalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu subur. Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan berbagai jenis masalah kesuburan dan gangguan haid pada wanita tersebut.

Gejala utama akibat PCOS ialah kemandulan, sukar untuk hamil dan bila hamil, mudah gugur. Ramai juga dikalangan pengidap PCOS yang mengalami masalah tidak datang haid untuk jangka waktu yang panjang, perdarahan haid yang banyak atau berpanjagan, masalah kegemokan/obesity dan ada yang bermasalah tumbuh rambut pada kaki dada dan muka.

Kejadian penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita Malaysia ke taraf yang membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.




Apakah tanda-tanda penyakit Polycystic Ovary?

TIDAK SUBUR ATAU MANDUL.

Kebanyakan dari pesakit-pesakit PCO datang berjumpa doktor pakar sakit puan sebab sukar hendak hamil walaupun telah lama mencuba. Ada yang telah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum medapat zuriat. Ada yang berjaya mendapat anak pertama dan gagal untuk hamil lagi selepas itu. Ramai juga yang bolih hamil tetapi mudah gugur diperingkat awal kehamilan; malah ada yang berulang2 kali gugur.

I.Berbagai Jenis Gangguan Haid
Tanda yang biasa ialah haid yang tidak teratur, biasanya lambat datang haid dan kadang- kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sampai hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Ada setengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.

II.Gemuk
Tanda lain ialah peningkatan berat badan menyebabkan wanita itu gemuk atau obese. Seringkali peningkatan berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur dan kesuburan mereka sangat kurang ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.

III.Darah haid sikit atau/dan berpanjangan
Wanita pula mengalami selain daripada pusingan haid yang begitu panjang jangka waktunya, ialah perdarahan haid yang mungkin berlaku dengan sedikit sekali, tidak seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu. Tetapi wanita yang mengidap penyakit polycystic ovary akan mengalami haid yang sangat sedikit hanya menitis selama 2 atau 3 hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami pendarahan yang berpanjangan sampai 15 hari ataupun 30 hari tanpa henti.

IV.Tumbuh rambut.
Setengah wanita pula tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut dan juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan dalam hormon lelaki dalam darah wanita tersebut. Iaitu satu keadaan yang sering berlaku dikalangan pengidap penyakit polycystic ovary.

Apakah puncanya ?.
Sebenarnya punca bagi penyakit ini tidak diketahui. Mungkin satu keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzyme yang mengawal pembentukan hormon. Oleh itu biasanya jika dikaji paras hormon dalam darah, kita dapati wanita tersebut terganggu dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon follicle stimulating hormon FSH (normal), Luteinizing hormone LH – tinggi, hormon estrogen – tinggi, hormon progesterone – rendah, hormon progesterone – rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) – meningkat tinggi. Adalah dipercayai bahawa peningkatan berat badan ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut.

Mungkin ada ciri atau pengaruh kebakaan atau keturunan dalam penyakit ini. Walau demikian faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohidrat dan gula, perisa dan pengawet makan mungkin mempunyai peranan penting dalam kejadian penyakit PCO.

Faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang timbul dari suasana tegang dalam perkerjaan dan rumah, pergeseran dan konflik dikalangan keluarga atau saudara-mara dan dalam kenderaan ketika memandu mungkin juga ada memainkan peranan dalam kejadian penaykit ini.

Ciri ovari dalam ultrasound.
Jika doktor pakar sakitpuan membuat pemeriksaan ‘vaginal ultrasound’ ia akan mendapati kedua-dua belah ovari bengkak dan membesar sampai dua atau tiga kali ganda dari saiz biasa. Kelihatan ovari itu seolah-olah mengandungi bintik-bintik hitam iaitu apa yang digelar “honeycomb appearance”. Bintik-bintik hitam inilah sebenarnya telur atau benih wanita yang telah terperangkap. Sila lihat laman Timang dalam tajuk slide dimana ada gambar “polycystic ovary”.

Merawat polycystic ovari
i. Tujuan rawatan polycystic ovary ialah pertama untuk meningkatkan kesuburan kerana sebahagian besar daripada mereka berjumpa doktor dengan tujuan untuk mendapatkan anak dan kerana mereka mengalami ketidaksuburan ataupun kemandulan.

ii. Tujuan kedua ialah untuk membetulkan pusingan haidsupaya jarak antara satu haid supaya jarak antara satu haid dengan yang lainnya lebih kerap ataupun normal iaitu 30 hari.

Cara cara untuk mengawal kegemukan (obesity)
Dalam merawat pesakit perkara yang terpenting sekali bagi pesakit berkenaan ialah ketabahan ,disiplin serta keazaman diri untuk mengurangkan berat badan. Kebanyakan daripada mereka mungkin melebihi 70 kg dan berat badan yang sebaiknya bagi wanita yang ukuran tinggi 5 kaki 2 inci ialah kurang daripada 60 kg.

Untuk mengurangkan berat badan memang memerlukan ketabahan, kegigihan dan disiplin yang kuat kerana sebenarnya orang orang yang obese atau gemuk mengalami masalah tabiat makan. Oleh itu ia memerlukan rawatan mental supaya ia lebih tabah dan disiplin lagi dalam mengawal pemakanan mereka. Di samping mengawal pemakanan yang mungkin berlebihan dalam kabohidret dan gula, ialah mereka perlu membuat riadah atau exercise yang sewajar.

Meningkatkan kesuburan wanita.
Dari segi merawat kesuburan terdapat banyak kaedah rawatan yang sering dicuba oleh pakar-pakar sakitpuan. Diantaranya ialah ubat-ubat seperti berikut.

Ubat subur Clomiphene
Biasanya ubat subur Clomiphene atau clomid akan diberikan dalam dos yang tinggi mungkin sampai ke tahap 250 mg atau lima biji sehari untuk selama 5 hari hingga 7 hari mulai daripada hari kedua atau ketiga dari hari mula keluar haid. Tujuan rawatan ini ialah untuk merangsang ovari yang polycystic ini untuk mengeluarkan telur.

Respons yang positif dengan adanya pengeluaran telur mungkin berlaku hanya di kalangan sebahagian pesakit sahaja, mungkin separuh daripada mereka tidak akan menunjukkan kesan positif dari segi pengeluaran telur.

Walau demikian setiap wanita yang menjalani rawatan kesuburan memerlukan pengawasan dan ujian yang teliti oleh pakar sakitpuan kerana jika terlalu banyak telur dikeluarkan pada satu masa dan ini boleh membahayakan kesihatan menyebabkan kandungan yang berganda-ganda.

Ubat kesuburan yang lain daripada Clomiphene ialah ubat suntikan hormon Gonadotrophin yang juga diberikan mulai hari kedua haid selama lima hari berturut-turut. Bahayanya ubat ini ialah rangsangan telur yang berlebihan menyebabkan terlalu banyak telur keluar dan ini boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan kehamilan berganda.

Ubat Metformine
Sekarang ini ubat Metformine yang biasa digunakan untuk merawat kencing manis digunakan dalam jangka masa enam bulan berturut dan dos yang digunakan ialah antara 1 gm hingga 2.5 gm setiap hari sampai enam bulan. Mengikut kajian 60 peratus daripada wanita yang memakan ubat ini akan menetas telurnya dan sebahagian besar juga akan akhirnya mengandung.

Rawatan laparoscopy dan ovarian drilling
Ini adalah satu kaedah baru dimana pesakit “polycystic ovary” akan menjalani pembedahan kecil yang memerlukan bius am. Teropong laparoscopy untuk melihat ovari dan seterusnya laser drilling akan dilakukan dengan menggunakan elektrik cautery ataupun laser cautery. Kaedah rawatan ini juga menghasilkan kehamilan dalam lingkungan 50 hingga 60 peratus.

Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) dan Kesan Terhadap Kesuburan

Polycystic ovarian syndrome atau nama singkatanya PCOS adalah masalah perubatan dimana ovari anda bertindak secara tidak normal yang menyebabkan terjadinya masalah haid tidak teratur, tiada haid dan masalah infertiliti. PCOS adalah diantara penyebab utama ketidaksuburan dan terjadi pada sekitar 5 hingga 10 peratus wanita pada usia reproduksi.
Gejala PCOS boleh terjadi seawal puberti, iaitu ketika haid pertama kali bermula. Ia disebabkan oleh ovari yang gagal merembeskan hormon dalam kuantiti yang sepatutnya dan berlakulah ketidak seimbangan hormon yang menyebabkan tumbesaran folikel terbantut dan gagal mengeluarkan telur. Walaubagaimanapun kebanyakkannya gejala PCOS berlaku lebih perlahan lahan dan berperingkat- ringkat dan menjadi lebih ketara apabila meningkat usia.
Gejala PCOS mungkin termasuk:
  • Menstruasi yang tidak teratur atau tiada langsung sampai berbulan bulan
  • Peningkatan bulu pada badan dan muka (juga dikenali sebagai hirsutism)
  • Jerawat
  • Gelap warna kulit di sepanjang leher, ketiak, celah kangkang, dan di bahagian dalam paha
  • Masalah Obesiti
  • Jangkitan kulat vagina
  • Masalah kencing manis

Kurus untuk SUBUR!!!!

Masih berkaitan kesuburan yg aku amik dari blog Dr. Hamid Arshat.

Kuruskan untuk subur

Rahsia Kurus Badan 



Usaha untuk mengurangkan berat badan bagi pesakit PCOS adalah sangat penting untuk mencapai kejayaan, iaitu menjadai hamil. Biasanya saya beri pengidap2 PCOS ubat kurus badan, ubat kurangkan gula dan ubat imbangkan hormon. Tapi malangnya kadar kejayaan kuruskan badan amat mengeciwakan. Sedikit saja yg berjaya maknya dapat kurungkan 10% dari tahap berat asal

Malah ada pula yg meningkat berat badan walau pun makan ubat2 supplement yg saya beri. Sungguh menghampakan.

Sebenarnya faktor terpenting dalam usaha kuruskan berat badan ialah Pengurangan makanan pada keseluruhan, khusnya pemakanan yg mengadungi karbohaidret dan gula. Contoh2 makanan tersebut ialah, nasi , mee, roti canai, spageti, coklat, ais krim, kueh2, cookies dan banyak lain2. Makan ini semuanya patut dikawal ketat, makan sedikt saja jangan lebih atau tambah.

Masalah pokok ialah tabiat makan yg tak terkawal, mereka ini didepan orang makan sikit, rasa malu, tapi belakang orang makan bertambah2. Waktu menonton TV atau berehat makanan sampingan junk foods tak putus2 dikonyah. Orang gemok sebenar terlebih makan daripada apa yg diperlukan olih badan untuk kegunaan tenaga, repair sel dan tisyu dan pertumbuhan organ.

Mereka juga makan telalu cepat , belum sempat makan jadi lumat ketika dikonyah dalam mulut sudah ditelan. Ini tabiat tak baik. Biasa kantung perut akan menghantar signal keotak yg ia dah penuh / kenyang, Tapi ada tempoh jarak waktu atau lag time lebih kurang 20 minit. Olih itu orang tabiat makan slow2 dan konyah makanan perlahan2 tidak akan terlebih makan.

Orang gemok ada lah dalam keadaan 'self denial', mereka tak akan mengaku makan banyak. Ini adalah satu keadaan yg memerlukan bantuan ahli pakar saikoloji. Mereka memerlukan counselling dalam mengatasi situasi ini.

PCOS sukar di rawat...aduh!!!

Ini aku amik kat blog Dr. Hamid Arshat.. berkenaan penyakit PCOS..

PCOS sukar dirawat

Polycystic ovary syndrome (PCOS)



Penyakit ini menjadi salah satu punca utama kemandulan.

Mengapa sukar merawat PCOS ?

1. Salah satu punca penyakit PCOS adalah cacat baka / genetic - dimana gene yang mengawal hormon subur adalah cacat sejak lahir. Tidak ada rawatan untuk membetulkan kecacatan genetic ini. Kita bergantung dengan usaha mengubah faktor2 lain sahaja , ini pun banyak bergantung kepada azam dan kesungguhan pesakit PCOS.
2. Kegemokkan / obesity adalah faktur kedua pentingnya dalam kejadian PCOS. PCOS sering dikaitkan dengan penyakit diabetes dalam keluarga. Begitu juga obesity juga dikaitkan dengan diabetes dan baka. Usaha untuk mengurangkan berat badan memang sangat sukar, mudah untuk naik berat badan , tapi hendak turun memang perlu azam dan ketabahan. Penurunan berat badan merupakan rawatan yang terpenting bagi meningkatkan kesuburan dikalangan pesakit2 PCOS. Cara2 yang paling berkesan ialah dengan DIET, iaitu mengurangkan makanan carbohydrate dan gula, dan exercise untuk membakar lebihan gula dan lemak dalam badan.
.Program kuruskan badan

3. Tiada ubat khusus untuk PCOS, kerana ia rangkaian berbagai masalah termasuk, insulin resistance, hormone imbalance antara FSH / LH, hormon testosterone tinggi, estrogen tinggi, progesterone rendah, Akhirnya sel2 benih/telor tidak dapat dimatangkan.
Seringkali ubat subur clomid dengan dose tertinggi diperlukan (200 - 250 mg), dan jika gagal ubat gonadotrophin secara suntikan diperlukan dan ubat ini sangat mahal harganya, sedang kadar kejayaan hanya 30% sahaja.

4. Kegunaan ubat2 supplement bolih membantu untuk kurangkan berat badan, kurangkan insulin resistance seterusnya mengurangkan gula dalam badan, mengurangkan hormon testosterone. Saya sering beri pesakit2 ubat adipex, metformin, dan saw palmetto.Perlu diingat pesakit2 PCOS tidak bolih bergantung kepada ubat2 tersebut terlalu lama, munkin antara 3-6 bulan sahaja.

5. Saya nasihatkan makan banyak buah2 dan sayuran serta ulam2. Makanan yang banyak mengadungi bahan2 pengawet, perisa dan pemanis perlu dijauhkan termasuk fast dan junk foods. Segala kebaikkan saperti vitamins, antioxidants, logam dll adlah terkandung dalam buah2, sayur2 dan ulam2.

6. Jangan mudah putus asa, teruskan usaha sampai hamil.

7. Cuba buat IUI apabila ada telor matang selepas makan clomid dos tinggi, ini munkim bolih menambah peluang untuk hamil.

8. Laparoscopic ovarian drilling , ia itu satu kaedah pembedahan untuk menyuburkan ovary perlu dilakukan jika tiada pematangan telor walaupun dengan clomid dos tinggi. Rawatan ini dapat  menurunkan tahap hormon testosterone yang sering menganggu pematangan telor. Selepas ovarian drilling ubat subur clomid dos tinggi masih diteruskan selama 3 pusingan haid. Peluang hamil lepas rawatan ini 40-50 %.

9. Bayi tabung uji atau IVF munkin bolih dicuba sebagai langkah terakhir, itu pun kalau berjaya merangsang pematangan telor.

Hari First.. Aku cuba!!..

Permulaan diet hari aku nak try makan bihun or kueytiaw aja...try nak berdiet..hopefully berkesan diet ni.. Aku buat semua pasal nak baby n untuk hubby aku.... kot kot leh turun 10 kilo ke 20 kilo "ok what".. leh aku tayang kat doktor cina tu... Pas tu leh aku kongsi ngan mereka2 yang nak kurus..xder hal "free off charge", xpayah risau..aku pon nak membantu mereka2 yg obesiti tu turun berat badan...kelebihan untuk kesihatan..jangan jadi macam aku yang dah jadi tetamu hospital ni...tiap2 bulan amik ubat n hari2 makan ubat...

Untuk Cik Ikin,
                       Bak kata En. Mae 'berusaha'..kata2 ni selalu dia bagi kalau aku kalah main game..geram aku..tapi xper aku amik kata tu pinjam kat sini. Kasi semangat kat aku nak berusaha turunkan berat badan..

Tak mintak pon nak kurus sangat, turun sikit pon jadi la..bagi stabil dengan ketinggian aku pon ok gak...keh!! keh!! keh!!.. Mana la tau, usaha aku untuk turunkan berat badan ni, Tuhan nampak n buka kan pintu rezeki aku untuk dapat cahaya mata.. Umur aku pon dah 28 tahun sikit lagi nak masuk 30 tahun.. Tidak!! dah nak tua, xder anak lagi.. Adoiiii!!!! Kawan2 yang muda pon dah ada, yg sebaya lagi dah bertambah2 anak mereka.. Waduh!! xboleh biarkan ni... Kena adakan gak!! xkira..xkira..nak jugak!!!.....Keh!! Keh!! keh!!

Macam ni jer la aku leh buat, bagi kata kata semangat kat diri aku... Bukan mudah nak lalu life kan... Aku anggap ujian tuhan. En. Mae ada cakap Tuhan xkan uji hambanya kalau hambanya x boleh lalu life dia.. Kita kene bersangka baik dengan Tuhan insyaallah Tuhan makbul doa kita.. Kan..kan..kan...

Aku cuba positif!!! insyaallah aku boleh!!