Apakah itu infertiliti
Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata bagi melengkapkan ikatan pekahwinan yang dibina. Justeru kesukaran untuk hamil setelah beberapa lama berkahwin memang sesuatu yang sukar untuk dihadapi.
Setiap pasangan mempunyai 25% peluang untuk mengandung pada bulan pertama mereka mencuba. Bagi wanita berumur kurang daripada 30 tahun, peratusan ini akan meningkat kepada 60% pada bulan ke tiga dan seterusnya sehingga ke 85% dalam tempoh 12 bulan mencuba.
Infertilifi didefinasikan sebagai kegagalan seseorang wanita untuk mengandung setelah mencuba untuk tempoh 12 bulan atau lebih.
Walaubagaimanapun kita perlu menyedari bahawa kadar kehamilan sendiri dipengaruhi oleh faktor umur wanita tersebut. Bagi wanita yang berumur 35 tahun, kadar kehamilan sendiri adalah 18% dan ia akan menurun kepada 10% apabila umur wanita itu mencapai 40 tahun. Ini menjadikan setiap 1 dari 6 pasangan atau sebanyak hampir 15% mengalami masalah kesukaran untuk hamil atau infertiliti.
Menangani masalah infertiliti bukanlah suatu yang mudah. Setiap perbincangan memerlukan kehadiran kedua-dua suami isteri. Walaupun anda mungkin merasa tertekan dengan masalah ini, perlu diketahui bahawa semakin awal ia dapat dikenalpasti, semakin besar peluang anda untuk hamil setelah diberikan rawatan yang bersesuaian.
Apakah punca infertiliti
Untuk memahami penyebab-penyebab infertiliti, terdapat 4 persoalan yang perlu untuk dijawab:
Adalah mustahak untuk melakukan penyiasatan serentak keatas kedua-dua pasangan yang mengalami masaalah infertiliti dan perlu diingat untuk wanita, terdapat sesetengah ujian boleh dilakukan dalam waktu-waktu tertentu.
Dengan mengukur paras sesuatu hormone, proses ovulasi boleh ditentukan sama ada ia berlaku atau tidak dan adakah terdapat sebarang masalah ovulasi
Masalah saluran fallop (20%)
Masalah rahim/ cervik (5%)
Tiada penyebab dikenalpasti (25%)
Faktor lelaki (30%)
Masalah ovulasi (20%)
Penyiasatan awal Infertiliti
Penyiasatan awal infertiliti yang lengkap adalah perlu sebelum perancangan rawatan dapat dibuat. Ujian-ujian ini yang perlu dilakukan untuk mengenalpasti penyebab-penyebab infertiliti.
Ujian pemeriksaan air mani
Ujian pemeriksaan air mani adalah pemeriksaan yang perlu dilakukan untuk menganalisa sperma pasangan lelaki. Sepertiga (30%) daripada penyebab infertiliti adalah disebabkan sperma yang tidak normal.
Setiap lelaki yang perlu menjalani prosedur ini akan diarahkan untuk tidak melakukan persetubuhan atau melancap sekurang-kurangnya 3 hari sebelum pemeriksaan air mani dilakukan. Cara mengambil air mani adalah secara melancap atau masturbasi tanpa penggunaan bahan-bahan bantuan seperti kondom atau lain-lain. Air mani boleh dikeluarkan di tempat yang disediakan di hospital atau makmal ataupun boleh juga diambil di rumah. Jika contoh air mani diambil di rumah, ia mestilah sampai ke makmal dalam masa setengah jam. Adalah sangat penting spesimen yang dibawa perlu dikekalkan sama dengan suhu badan.
Hormon FSH dan LH
Hormon ini boleh memberitahu adakah terdapat kelainan dalam fungsi hipotalamus dan pituitari seseorang wanita. Ujian ini biasanya dilakukan pada hari ke 2 kitaran haid. Ujian ini adalah ujian yang paling senang untuk mengetahui simpanan ovari dari segi kuantiti dan kualiti telur (ovarian reserve) wanita.
Hormon Progesteron
Ini adalah untuk melihat sama ada ovulasi berlaku atau tidak. Ia dilakukan 7 hari selepas ovulasi berlaku ( Hari ke 21 kitaran haid). Walaubagaimanapun sekiranya kitaran haid tidak tetap ia mungkin tidak boleh membantu.
Hormon Prolaktin
Paras hormone prolaktin yang tinggi, boleh merangsang pengeluaran susu dan mengganggu ovulasi. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa.
Pemeriksaan paras hormon lain seperti hormon tiroid mungkin akan dilakukan sekiranya pesakit mempunyai gejala-gejala kelainan tiroid.
Pemeriksaan saluran fallopio.
Masalah infertiliti yang disebabkan kelainan pada saluran fallopio dianggarkan hampir kepada 20%. Faktor risiko kelainan saluran fallopio termasuk jika wanita tersebut pernah mengandung luar rahim, mengalami masalah apendiks, pernah menggunakan alat dalam rahim sebagai perancang (IUCD) dan jika pernah mengidap jangkitan kuman pada sistem reproduksi. Walaubagaimanapun bagi kebanyakan kes tiada faktor risiko yang dapat dikenalpasti.
Terdapat 2 cara bagaimana saluran fallopio boleh diperiksa iaitu dengan menggunakan pemeriksaan x-ray dan secara laparoskopi.
Pemeriksaan Hysterosalpingografi (HSG) adalah pemeriksaan radiologi yang biasanya akan dilakukan untuk melihat samada saluran fallopio tersumbat atau tidak. Ia biasanya akan dilakukan selepas seseorang berhenti haid. Doktor akan memasukkan sejenis cecair khas melalui cervik dan imej x-ray akan diambil sejurus selepas itu. Pesakit akan merasa sedikit tidak selesa.
Selain daripada HSG, saluran fallopi juga boleh dilakukan secara pembedahan kecil laparoskopik. Oleh kerana pemeriksaan ini melibatkan pembedahan, ia hanya melibatkan kes-kes yang tertentu sahaja, seperti sekiranya terdapat pernah ada risiko jangkitan pada sistem reproduksi, gejala-gejala endometriosis atau sekiranya terdapat kelainan pada pemeriksaan HSG.

- Adakah terdapat masalah dalam proses ovulasi pasangan wanita?
- Adakah sperma suami normal?
- Adakah persenyawaan antara benih lelaki dan wanita berlaku?
- Bolehkah benih yang telah tersenyawa melekat pada dinding rahim dan seterusnya berjaya meneruskan kehamilan?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan