Selasa, 20 September 2011

Aku Pon boleh la.....sis ni buleh!!

Contoh Menu

Pagi:
1.) 1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu sahaja.
- 0.6 hingga 1 gram karbohidrat

2.) Sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja.
- 0.5 karbohidrat

Tengahari:
1.) Ikan pari panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap)
- 0 gram karbohidrat)

2.) ATAU ganti ikan dengan ayam (boleh roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak rempah tak berperisa tiruan, tak bergula).
- 0 gram karbohidrat

3.) Sayur bayam / sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak bercampur anything berkarbohidrat
0.2 - 1 gram karbohidrat

4.) ATAU makan salad sekali lagi


Malam: - sebelum jam 9.00pm:

Kurang lebih sama macam tengahari, kecuali kalau saya masak ikan tengahari, malam tukarlah dengan ayam atau daging.

1.)Sup daging lembu, sup ayam pun okay asalkan tak bergula. Cukup berempah dan tambah garam.

2.)Tomyam pun boleh, tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam (ketam dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi.)
Karbohidrat Udang= 0 gram, Ketam hidup= 0 gram.

3.) Favourite saya udang galah masak dengan butter, tapi hanya sekali-sekala bila ada rezeki lebih. Atau digrill sahaja dan tambah sikit Sos Tobasco (Sos Tobasco Original= 0 gram karbohidrat, perasa lain ada 0.2 - 0.5 gram)

4.) Daging goreng kering

5.) ATAU steak lembu / kambing

Snacks:
1.) 1 keping Cheddar cheese
2.) atau salad ringan (seperempat / separuh saiz)

Minuman:
1.) Air biasa
2.) Green tea / herbal tea boleh tapi jangan tambah gula

Tips:
Kalau suami / pasangan anda tidak mengikuti Atkins Diet tak apa.
Suami saya tak boleh tak makan nasi, so saya masak nasi cukup2 untuk dia seorang, tapi saya tambahkan salad lebih untuk diri saya supaya tidak rasa lapar.

Melalui Atkins Diet, alhamdulillah, saya berjaya turun 4 1/2 kilo dalam minggu pertama. Badan pun lebih ringan dan cergas. Sekarang saya kerap lakukan senaman sebab rasa bertenaga, kalau tak dulu sebelum tu, asyik duduk atau baring temgok TV je kat rumah selepas buat housework.
Baju dan seluar yang dulu nampak ketat semacam pun dah longgar dan okay.

Senaman:
1.) Senaman ringan seperti yoga atau ikut senaman kat TV (Selamat Pagi Malaysia) tiap2 pagi. Sebaik-baiknya waktu pagilah.
2.) Jogging
3.) Senaman membina otot/ angkat berat. Tak perlu beli weights / dumb-bells, gunakan tin tomato puree yang besar (yang belum dibukalah) atau apa2 tin berisi makanan. Jangan guna tin tuna yang kecik tu pulak...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan