Aku buat blog untuk peringatan diri sendiri n xde kene mengena dengan orang lain..
So, jika ada di antara mereka ingin mengambil tahu silakan la...Aku suka berkongsi ilmu dengan mereka2 yang nak berkongsi..kalo xnak sila lah memindahkan penglihatan anda ke ruangan lain...
Aku mengambil petikan2 ini untuk rujukan aku sebagai pesakit PCOS n Diabetic...Seorang isteri yang belum bergelar ibu dan seorang wanita yang belum menimang cahayamata...
Aku menerima ketentuan ilahi....cuba memahami setiap inci diri sendiri...
Aku tetap aku...n ini adalah aku...
Isnin, 21 November 2011
Aku Minum ni hari ni.....
Mas Cotek : Tumbuhan Herba Ajaib
Negara kita,
Malaysia mempunyai sumber bahan mentah tumbuh-tumbuhan dan herba di
antara yang terbaik di dunia. Walaubagaimanapun, pengguna dan pengamal
perubatan tradisional tempatan gagal untuk mengeksploitasikan
sumber-sumber yang ada bagi menggiatkan pembangunan industri perubatan
tradisional. Mengikut kajian yang telah dijalankan mendapati terdapat
potensi besar pasaran produk barangan kesihatan yang berasaskan
tumbuh-tumbuhan dan herba.
Mas cotek atau dalam bahasa saintifiknya “Ficus deltoidea” dari famili “moracea” adalah sejenis pokok herba meliar yang menumpang di atas pokok lain (epifit).
Biasanya dijumpai di kawasan perbatuan dan pergunungan. Sebenarnya
terdapat lebih dari 80 spesies mas cotek antaranya adalah telinga beruk,
telinga gajah, telinga kera, delima sudip, mas cotek kelilik kering,
pitis skeleng kecil dan lain-lain. Perbezaan di antara spesies dapat
dikenalpasti melalui bentuk daun, bentuk urat daunnya dan lain-lain
lagi. Setiap spesies mempunyai peranan masing-masing dalam menyembuhkan
pelbagai jenis penyakit.
Di Malaysia, spesies serapat angin boleh dijumpai dengan banyaknya di
bahagian pantai timur semenanjung terutamanya di negeri Terengganu.
Spesis telinga beruk dan telinga gajah pula banyak dijumpai di negeri
Kelantan. Di kawasan tengah dan selatan semenanjung boleh dijumpai
spesies delima sudip, manakala di bahagian utara semenanjung dengan
banyaknya terdapat spesies telinga kera.
Nama mas cotek diberi kerana terdapatnya bintik-bintik halus yang
berwarna emas pada permukaan atas setiap helaian daunnya. Manakala pada
buahnya terdapat titik yang berwarna merah muda. Benihnya pula disebar
oleh burung yang memakan buahnya. Secara tradisinya mas cotek boleh
dikategorikan kepada :
a) Mas cotek jantan
b) Mas cotek betina
Perbezaan yang
paling jelas dapat dikenalpasti di antara spesies mas cotek jantan dan
spesies mas cotek betina adalah dari segi rupa bentuk daun. Pokok mas
cotek jantan mempunyai jenis daun yang kecil, tirus, nipis dan ringan
manakala bahagian belakang daun terdapat bintik bewarna merah. Pada
lazimnya, daun-daun ini mempunyai satu bintik merah, namun terdapat juga
daun yang mempunyai dua dan tiga bintik merah.
Bagi pokok mas cotek betina pula mempunyai rupa bentuk daun yang lebih
besar dan kebanyakan daunnya berbentuk bujur dan bulat serta lebih tebal
jika dibandingkan spesies jantan. Sama dengan spesies mas cotek jantan,
daun mas cotek betina turut mempunyai bintik pada bahagian belakang
daunnya. Warna bintik pada daun betina adalah bewarna hitam bukannya
berwarna merah. Urat daun mas cotek betina kelihatan lebih jelas di
bahagian permukaan atas daun jika dibandingkan dengan daun jantan.
Mengikut konsep “Doctrine of signature”
bentuk, warna, rasa dan bau pada setiap bahagian tumbuhan mas cotek
menggambarkan kegunaan herba tersebut untuk rawatan penyakit. Secara
tradisi, daun mas cotek digunakan oleh kaum wanita selepas bersalin bagi
tujuan mengecut rahim, memperbaiki peredaran darah, mengembalikan
tenaga, merawat masalah berkaitan peredaran darah dan dijadikan sebagai
teh herba untuk kesihatan dan kecantikan.
Kajian menunjukkan bahawa lima bahan aktif yang sangat diperlukan oleh
sistem tubuh badan manusia terkandung di dalam mas cotek adalah flavonoid, tannins, triterpenoids, proanthocyanins dan phenols.
Bahan-bahan ini dikenalpasti berkemampuan membantu minda dalam proses
mengingat dan dapat menumpukan perhatian serta dapat merawat masalah
kurang daya tumpuan. Ia juga mampu melancarkan keberkesanan Vitamin C di
dalam rangkaian anti-oksida, mengawal nitrit oksida dan peredaran
darah, mengawal pengoksidanan lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) yang dikenali sebagai kolesterol jahat (bad cholesterol) dan dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.
Langgan:
Catatan (Atom)
